Friday 16 March 2012

usaha tangga kejayaan

(klik kat gambor bagi besor)



koy yakin ramei dari kita biase dengor perkataan ''otai'.. apa yang kita fikirkan bila dengar perkataan tersebut? seorang yang cool? banyak pengalaman? atau orang yang dah lama tinggalkan sesuatu bidang tu dan tetiba dia muncul kembali? atau abang besar?... tak kisah lah apa tafsiran kita. yang menjadi kemuskilan koy, bila kalimat ''otai'' ni digunakan oleh orang melayu khasnya.. dan seharusnya kita ingat, tak semestinya otai itu apabila dia melakukan ''come back'' hasil nya cemerlang seperti dia mula mula berkecimpung dalam bidang tersebut.... kadang kadang, dengan kehadiran otai ini, kita yang junior ini terpaksa banyak banyak makan hati adanya gitu...

sudah jadi adat dunia, yang baru akan jadi lama... dan mahu tidak mahu kita juga akan bergelar 'otai' juga sudahnya..cuma yang diharapkan apabila kita bergelar ''otai'' nanti, kita tidak mengulang apa yang otai kita buat kepada kita.... sekian terima kasih.. aishhh.